Kelmarin dan semalam itu,
Aku tinggalkan dengan penuh rasa cinta dan rindu.
Episod tercipta dari pelbagai serakan cerita,
Suka dan duka.
Tentang cinta, hidup dan kepercayaan.
Aku lukiskan seupaya aku,
Sedaya aku.
Kisah hidup ini,
Bukan untuk dikongsi
Dengan kamu yang berasa paling suci.
Dan bukan untuk kamu,
Yang berasa paling hebat.
Ia untuk Dia.
Aku berjuang sampai ke saat ini,
Bukan untuk seseorang.
Aku berjuang bukan untuk
Pangkat dan materialiti.
Aku hidup dan terus hidup,
Dengan cara sendiri.
Perjuangan yang aku teruskan,
Hingga ke saat ini,
Hingga nafas ini.
Moga dikira sebagai amal soleh.
Moga berhasil kelak.
Sunday, January 5, 2014
Cinta, Hidup dan Kepercayaan
Posted by Hikayat Suka Duka at 7:12 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
