BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 30, 2013

Go Irshadian, go irshadian !


Terharu kot tengok video hari guru tahun ni. Junior, senior semua ada sekali. Memang terbaik ahh walaupun agak slow sikit. Hehe sorry Irfan. Lagi satu, bila masa pulak batch kami jadi 1017. 0711 lah, hehe. Memang tak kenai dah junior2 dalam video ni. Belajaq ghajin ghajin naaa hampa semua :)

Sengal pun ada jugak video senior yang kat Mesir punya, heh.

Rindu Ustaz Azli, ustaz Muslim, cikgu Sabri.

Last but not least, thanks for being my teachers. May Allah bless always. Already miss you all :)

Irshad tetap di hati, cewwah ^^

Ahlein Ramadhan


In syaa Allah, ramadhan kali ni dengan family di Jordan. In syaa Allah, ameen.

Rindu bulan puasa dekat Irshad. Time form 1, form 2 dgn form 3 boleh kira berapa kali aku turun sahur. Rindunya kenakalan dahulu, heh :)

Lepas solat maghrib, geng aku la first sekali keluar surau tu. Geng yang muka first sampai dewan makan. Perangai tak ubah-ubah sampai form 5.

Lepas bukak puasa, naik dom. Lepas tu memang muka-muka yang turun surau lambat nak isya' dengan terawih. Sebabnya, nak saf belakang. Takdak la panas sangat macam saf depan. 

Sungguh, nakallnya. Hm hm..

Bila dekat UIA, bolehla nak kata matang. Matang la sikit. Rindu nak turun sahur dengan Wardah, Mimi, Syahirah, Wani, Zam, Syaza.

Rindu nak iftar jamaie dengan Irshadian dekat CFS. Rindu nak iftar jamaie dengan BFF's. 

Tak sangka puasa last year jumpak Hilal Asyraf dengan Masyitah dekat masjid UIA. Gila tak sweet, haha. Moga dikurniakan rumah tangga yang penuh sakinah dan mawaddah.

Rindu semuanya tentang Irshad, kawan-kawan, CFS.

Moga Allah jaga hampa selalu :D


Monday, May 20, 2013

Oh daie!


Kalau nak mencuri hati,

Buatlah dengan penuh bijaksana.

Kau katakan kau berdiri di jalan ini,
Kau katakan jalan ini penuh duri,
Tapi kau yang cipta duri.

Kalau semua ikut kehendakmu,
Bila mahu berjaya atas jalan ini.

Kadang-kadang,
Lihatlah orang yang engkau ingin curi hatinya,
Kita yang memilih jalan ini perlu bijak menilai,
Bukannya jaguh berkata-kata dan menghukum.

Hati ini, 
Allah ciptakan penuh seni,
Engkau perlu menjadi pelukis yang hebat.

Jangan pula engkau yang calitkan
Titik kebencian.

Buatlah dengan santun,
Moga satu hari,
Pintu hatiku terbuka.

Ameen.

Friday, May 17, 2013

Jalan ini

Andai engkau tahu,
Dunia ini penuh fitnah,
Dunia ini buat kita hanyut.

Aku takut jadi lemah,
Aku takut jatuh ke dalam dunia,
Aku takut hanyut.

Walau aku begini,
Aku ingin mencari,
Aku ingin bina,
Sesuatu.

Andai aku jatuh,
Tolong,
Jangan biar aku hanyut.

Aku takut bahaya ini,
Tolong ingatkan.

Aku tidak biasa begini,
Walau aku begini,
Cumanya aku tidak biasa.

Ya Allah, yang mengetahui niat kami. Redhailah kami dalam jalan ini dan jagalah hati-hati kami. Ameen


Saturday, May 11, 2013

I'm proud to be Penangite

Thanks for making us eager. 90s are more excited for this coming 5 years. We are cool. Okay peace Penang, peace Malaysia :)

Congrats to the Penang State Government elected in the General Election of the 13th, and the new state exco announced. We Penangites believe, under the leadership of YAB Lim Guan Eng, the state will maintain the excellence in administration and increase the welfare of the people of the state. 

Safe serve YB :D
Jom zikir dan fikir ;)