BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 26, 2013


Mak. Bapak
Kak Ina rindu sangat.
Rindu nak peluk, cium mak dengan bapak.
Rindu kak Ina kali ni Allah saja yang tahu.
Rindu sangat.

Terima kasih untuk cinta ini.
Kak Ina ingat semuanya.
Dari kecil sampai ke hembusan nafas kali ini.
Menitis tak henti-henti air mata.

Mak. Bapak
Tunggu kak Ina balik Malaysia.
Kak Ina nak hadiahkan segulung ijazah.
Kak Ina mohon, tunggu

Kak Ina mintak maaf.
Selalu sibuk dengan urusan sendiri.
Selalu dahulukan orang lain.
Mintak maaf sebab tak jadi anak yang baik

Allah,
Kau hadiahkan syurga sebagai ganjaran buat mereka
Aku tak mampu nak membalas
Dan belum tentu aku mampu membalas
Ampunkan dosa-dosa mereka.
Redhai keduanya, ameen.

Kak Ina sayang sangat
Mak dengan bapak
Sayang sangat.
Rindu

Saturday, June 22, 2013


Team ALT Mutiara
PUSKMA, Muktah
Jordan

Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya berjaya jugak buat perjumpaan dengan semua ALT even Timb YDP, Timb SU dengan Unit Multimedia tak dapat nak join.

Meeting yang aku rasa kalau buat every weekend pun takpa, heh. Sebabnya dah rasa macam family sendiri. Memang rapat, and tersangatlah confirm yang memang happening meeting ni. Yang syababnya jadi abang, yang akhawatnya jadi kakak.

Start meeting dengan Fahmi baca Surah As-Saff, lepas tu Qusyairi baca terjemahan. Rasa jiwa terisi. Tak pernah lagi meeting dekat Amman macam ni. Yang pastinya di Amman, meeting yang paling cepat habis tu la meeting yang paling gempak katanya.

Harapnya, team kita kali ni dapat bawa perubahan untuk Mutiara.

Terima kasih untuk tahap kesportingan anda semua yang memang tip top ^^ 

Meeting ni bukanlah semata-mata kita duduk merancang tetapi kita duduk bersama-sama untuk membina :)

Zukreena binti Zulkeplee,
Timbalan Bendahari,
Majlis Mahasiswa Pulau Pinang
Jordan (Mutiara)

Wednesday, June 5, 2013


2006

Kadang-kadang aku rasa, keputusan UPSR aku time darjah 6 dulu, miracle yang paling menakjubkan. Ya, aku maklum yang semua ni rezeki dari Allah. Sebab keputusan ajaib tu aku dapat jejakkan kaki ke bumi Al-Irshad. Even cuma 5A, yang semua orang boleh dapat sama macam yang aku dapat. Dan yang pasti, aku berjaya menjejakkan kaki ke sekolah impian mak dengan bapak. Alhamdulillah

2007-2011

Masuk sekolah tarbiah ni, aku berharap yang tuah aku berpanjangan. 5 tahun aku belajar. Pahit, manis kehidupan kebanyakannya aku belajar di sini. Jatuh, bangun semuanya aku pernah rasa. Sama macam orang lain. Pernah gagal, pernah jugak jadi top scorer ^^ Di sini aku makin kenal siapa aku

2013

Aku rasa sebab aku kenal Afdhol la aku nak datang Jordan. Kalau tak, rasanya masih lagi di UIA. Heh, menyimpang.

Pengalaman belajar di Jordan ni betul-betul membuka mata. Rasa macam nak balik UIA pun ada. Siang malam, study study study. Tapi tak la macam tu sangat sampai 24 jam study. Ada masa main facebook, twitter. Result imtihan awal untuk sem boleh dikatakan okay. Tapi bila keluar result untuk satu sem, rasa macam annoying pun ada. Aku rasa sangat tak adil untuk pihak universiti guna sistem pointer yang ikut kuota. Sudahla yuran mahal, pihak universiti main-main perasaan macam ni pulak. 

Tapi siapa aku nak bantah sistem ni. Untungla kawan-kawan yang boleh dapat pointer mumtaz untuk setiap sem. Kalau kawan-kawan dekat Mesir, belambak-lambak yang mumtaz untuk setiap sem. Kalau Jordan, hmmm.. Maybe aku yang still tak cukup berusaha untuk berada dalam lingkungan kuota tu, heh.

In syaa Allah, masih ada masa. Tak apa UJ, anda mencabar saya!

Moga ilmu yang dituntut diamalkan, ingat :)

Bertempur dalam minat perang dan kesabaran, tak selalu ada kalah dan menang - Kot Putih

Saturday, June 1, 2013


Kak Intan . Kak Aisyah

Terima kasih sebab jaga kami, hehe
Kami tau kami mengada-ngada.

Terima kasih sebab selalu menceriakan.
Terima kasih sebab selalu ada.
Sayang kak Intan.
Sayang kak Aisyah.

Terima kasih sebab sudi jadi kakak-kakak saya, hehehe.

Terima kasih, sayang semua :)


Teringat dekat MUTIARA la pulak, hee.

Terima kasih untuk anugerah khas time family day haritu. Anugerah Khas Kecemerlangan. *cemerlang kat mana pun tak tau la* 
Rindu adik-beradik MUTIARA yang memang sporting gila, memang terbaik!

Harapnya, Kamil tu sabaq la kerja dengan aku yang banyak songeh ni. Bittaufeeq untuk kepimpinan baru MUTIARA 13/14 :D


1st June 2013

Tak sangka, macam blind date pun ada. Syukran Kak Munirah sebab concern kat kite, hehe.

Sweet sangat Kak Munirah, Kak Muni dengan Kak Aisyah even ni first time kita jumpak.

Syukran untuk semua hadiah-hadiah tu, belanja makan lagi. Terima kasih sangat.


Kak Aimuni


Kak Aisyah


Kak Munirah

Semoga ukhuwah ini berkekalan, ameen. In syaa Allah, lain kali saya pulak yang belanja ehh :)

Sayang akak semua!