BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 23, 2013

Rahmat Allah itu Luas


Pandanglah ke bawah,
untuk sedar nikmat yang melimpah,
pandanglah ke atas,
untuk insaf amalmu yang terbatas,
moga di situ nanti takut dan harapmu bersemi.

Kekadang mahmudah tidak dapat dicapai dengan amalan, 
tapi harus ditempa oleh kerikil ujian,
sering kali kealpaan dan mazmumah diri,
diperingatkan oleh kesempitan rezeki.

Sejauh mana kita mengasihi manusia,
dibatasi oleh seutuh mana kasih kita pada yang Esa,
hitung kesyukuranmu,
bukan kesukaranmu.

Kekadang TUHAN menyempitkan,
agar engkau tidak hanyut dalam kesenangan,
kekadang DIA melapangkan,
agar engkau tidak selalu dalam kesempitan,
kekadang DIA melepaskan kau daripada kedua-duanya,
agar engkau tidak bergantung kepada,
sesuatu selain-NYA.


Jernihkan Hati di Awal Pagi


Pada Subuh ada kehidupan.
"Sesungguhnya hati seseorang manusia apabila bersih dan bersinar akan dapat merasai hakikat kelazatan iman kepada Allah SWT."-Imam Hassan al-Banna-
"Waktu awal pagi yang hening adalah waktu yang sangat istimewa bagi orang yang beriman. Ia waktu bermunajat, menangis dan mengadu kepada Kekasihnya."
" Kata seorang ulamak, jika seorang mukmin itu bangun selepas azan Subuh itu tandanya dia adalah mukmin yang lalai."
Tersentak hati. Masyaallah.

Nasihat Imam Ghazali

Di dalam kitab Bidayatul Hidayah, Imam Ghazali memberi 4 perkara yang perlu dilakukan seorang mukmin di awal pagi sebelum subuh.

(1)Membaca Al-Quran

(2)Berdoa

(3)Berzikir

(4)Berfikir


Kita usaha, berusaha dan terus berusaha.

Jihad untuk bangun sebelum Subuh adalah langkah pertama kita dalam proses tarbiyah ini.

Siapa yang akan melakukan semua ini?

Saya, anda dan kita semua!

Friday, March 22, 2013

Terima Kasih untuk Semalam :)

Dalam diam, mereka telah menguji ketahanan mental dan fizikal aku. Akhirnya aku berbicara.

Dua, tiga minggu jugak aku serabut. Meeting sana, meeting sini. Soal perasaan, soal hati. Soal esok, soal akan datang, dan soal segalanya.

Dan semalam itu, kami lepaskan segalanya.

Ya benarlah, ujian itu mematangkan.


XOXO :D


# Thanks Kak Nazirah, memang itu yang kami mahu sebenarnya ;)



# Dulu berlapan, then 7. Sekarang yang ada, yang masih setia untuk mengisi suka dan duka. Acewwah :P



# Aniis dengan Timb Exco Ekonomi PPMA 13/14, Kak Intan Ain ^_^



# Hm jadilah, pun bolehhh :)



# Timb Setiausaha Agung PPMA kita, Kak Nazirah. Kak Aisyah, eh eh yang belakang tu nak jugak. Hee, Dayah :)




# And yeahh, we start a new episode okay. 

Alhamdulillah, terima kasih. Love yaa, sayang Bayt Muslim. Sayang sangat ;)

#Amman, Jordan

Saturday, March 16, 2013

Kelmarin itu

Kelmarin itu, bukan macam biasa. Paginya sunyi sahaja. Udara tenang. Bergerak ke setempat demi setempat dengan penuh hemah. Lembut menyapa mesra. Hitam malam dan dini hari pekat macam biasa. Tiada rembulan penuh mengambang di kanvas langit.

Di suatu hari.

Banyak yang aku belajar dan perhati hari ini. Terasa ingin kongsikan semuanya. Cereka di suatu hari. Berpagi-pagi lagi usai Subuh didirikan aku lihat sekeliling. Ada urusan yang perlu diselesaikan selepas itu. Ada beberapa tubuh yang memilih pandanganku. Al-Kahfi, mungkin. Ada yang al mathurat. Tidak lupa yang bergegas ke kelas. Mengejar trip pertama.

Di suatu hari.

Akhirnya. Pengakhiran yang kurang baik. Namun ia bukan untuk disesali. Riuh suasana. Berteriak merai. Tidak kurang yang diam menyepi. Risau. Namun ujian dunia yang satu dari ribuan sudah berlalu. Ku lihat mereka ini begitu emosi. Besar benar signifikannya. Benarlah, berjaya benar anak-anak singa dijinakkan.

Bukan muda usia remaja. Yang sudah berusia rata-ratanya. Bahkan boleh sahaja aku kata semuanya sudah kenal benar dunia. Lebih dahulu rasa di mana manis dan masam. Tapi entah. Seolah kehidupan pada pola pikir mereka berputar setempat. Aku melihat dan terilham. Maka aku garap di sini.

Di suatu hari.

Cukuplah. Penat aku melihat.
Kali ini aku pulang. Ku tatap cermin.
Ku lihat perempuan disebalik cermin itu.

Aku tanya kepadanya,

"Apa yang kau dah buat?"

Sakitnya Ummat

Friday, March 15, 2013

Allah kan ada..?

Terkadang,
Kita bersedih,
Gundah gulana,
Hati kita sesak,
Mendak,
Dengan beraneka masalah,
Bermacam karenah,
Kita lantas mengelabah,
Tak tentu arah,
Mencari solusi,
Di sana sini,
Aduhai lupakah kita..?

Allah kan ada..?


Terkadang,
Kita kusut,
Serabut,
Dengan entah berbagai isu,
Pada siapa mahu mengadu,
Yang sudi meminjam bahu,
Mendengar tanpa ragu,
Nak telefon Dr. Muhaya,
Belum tentu bisa bicara,
Mahu nasihat Fadzillah Kamsah,
Belum pasti diambil kisah,
Wahai jangan nestapa!

Allah kan ada...?

Terkadang,
Kita hilang punca,
Menggila,
Mendamba tangan membimbing,
Penuh kasih dan sayang,
Tanpa syarat,
Tanpa kompromi,
Menuntun diri yang lemah,
Mengukuh jiwa yang goyah,
Kerana kita juga manusia,
Yang ada masa futurnya,
Duhai jangan merana,

Allah kan ada..?

Terkadang,
Kita merasa dunia,
Seisinya,
Menghimpit rapat,
Mengasak kuat,
Hingga dada kini sempit,
Paha kita longlai,
Tangan kita gemalai,
Kita tidak lagi bermaya,
Layu dengan manusia,
Jangan kita alpa,

Allah kan ada..?

Terkadang, 
Kita putus asa,
Tidak bermaya,
Dengan perjuangan kita,
Obornya makin malap,
Baranya kian senyap,
Anak usrah alifbaataa,
Diri sendiri makin raksasa,
Tarbiyahnya entah ke mana,
Dakwahnya entah untuk siapa,
Benarkah kita bekerja?
Atau kita sudah lupa,

Allah kan ada..?

Andai kita lemah,
Iman kita goyah,
Jika jiwa kita futur,
Semangat mennati gugur,
Kira bara semangat memudar,
Menunggu ia kembali menyegar,
Tika hati semakin kelam,
Penuh dengan bintik hitam.

Kala ruh semakin semput,
Jangan sampai malaikat menjemput.

Jangan kita lupa,
Jangan kita alpa,
Jangan kita leka..

Allah kan ada..?

"...Sedang dia salah seorang daripada dua orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua, ketika itu dia berkata kepada sahabatnya : 'Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita' - [At-taubah, 9:40]

-gabbana-

Wednesday, March 6, 2013

갈망 말레이시아

Bestnya lepas skype. Rindu sangat Malaysia, tapi Zuk cuba kawal emosi tuu. Mak, bapak, Kak Nina rindu sangat. Rindu nak dengar mak dengan bapak beleteaq, hihihihi ;)


Kak Nina janji, Kak Nina belajar rajin-rajin. In syaa Allah, asalkan mak dengan bapak doa-doakan selalu yaaa. Baru kuat sikit nak beraksi, heee :D

#Zulkarnian, Zharfan, Ziyad

Eh eh, apasal yang sombong tahap karma sangat dengan Kak Nina haa? *Bajet taff* lettew! Haihh, lettew, lettew heww muntah pelangi. 

Okay memang hampa tak kan bukak blog Kak Nina ni kan, hm okay fine. Tapi nak cakap jugak. Okay hampa memang adik-adik yang paling hensem, paling comel, paling kacak, paling bergaya, paling memahami, paling baik and whatever lahh. Kita dah makin matang dalam urusan masing-masing, dah tak macam dulu. Rindu nak gaduh macam dulu-dulu balik, dan memanglah, Kak Nina yang selalu kalah kan. Hm hm.

Nak cakap sikit ni wahai adik-adik yang paling Kak Nina sayanggg, Kak Nina nak mintak tolong ni. Tolong jaga solat okay, hampa tu lelaki. Surau depan rumah jaa, jangan malas sangat nak pi jemaah. Semangat sikit. Then, tolong jaga mak dengan bapak baik-baik okay, yang terbaik. Tolong hargai selagi ada depan mata kita. Please, please, hampa hensem dak? Kalau hensem tolong buat naa.

Hm study rajin-rajin. Buat homework yang cikgu, ustaz, ustazah, teacher, sir bagi. Jangan suka sangat memilih bulu nak buat homework. Suka suki hampa jaa nooo. Hormat semua cikgu dekat sekolah tuu, in syaa Allah, nanti Allah mudahkan urusan tuntut ilmu. Zulkarnian, Zharfan, tolong hormat warden asrama anda! Awas!!

And one more! Jangan gatai-gatai nak bercinta naa. Amboi banyaknya gosip depaa. Bagi Kak Nina dulu laa, haha. Tapi betul la, tak payah lagi la semua tu sekarang nii. Fokus diri tu dulu.

Adik-adikku, in syaa Allah boleh!!! ;)

# Syaza, Malin, Saff, Athirah, Aina, Anat, Wardah, Zam, Tirah, Tikah, Ayu, Syahirah, Paah, Far

Weh wehh, rindunya hampa sesangat sangat. Rindu nak gather lagi macam dulu. Okay pengakuan jujur, rindu sangat. And once again, I miss hampa semua! Cintaku tertinggal di Malaysia, Irbid and Muktah heee. Thanks a lot loves ;)

# Anonymous

I lift my hands and pray, to be only yours, I pray, to be only yours. I give you my destiny. 

Okay dah Zuk, bukak buku lepas ni. Study Zuk, imtihan lagi 2 minggu. Go go fighting, chaiyok Zuk. All the best for me, hihi macam kesian wish diri sendiri. Ya la, kita tak dak sapa yang nak wish :P

Puisi Anak Muda Yang Bermimpi

Mimpi,
sangka mesti dalam lena,
itu hanya untuk pemalas,
yang punya kosong cita-cita.

Mimpi yang sebenar,

adalah yang engkau kejar,
di atas jalan penuh onak dan duri,
jauh dari katil dan selimut nan menjalar.

Yang buat engkau bangkit,
meninggalkan lena,
bersengkang mata,
berkerja keras,
memerah tenaga dan fikiran minda,
untuk mengubahnya,
dari mimpi,
ke alam nyata.

Mimpi yang akan merubahmu,
dari kosong kepada angka-angka bermakna,
tidak menjadikan dirimu robot kepada sistem,
tetapi punya akal dan jiwa yang merdeka.

Mimpi yang tidak akan membuatkan engkau tunduk,
kepada selainNya.

Aku anak muda yang bermimpi,
sedari muda,
walau ditertawa dan dicerca,
mimpiku tidak punah,
bahkan lebih kental aku bergerak,
menjadikannya sebagai realiti,
mendiamkan mereka yang menggertak.

Aku anak muda yang bermimpi,
bukan di dalam lena,
mataku terbuka,
aku usaha dan terus berusaha,
kerana mimpiku adalah ingin menyelamatkan dunia,
dan masuk ke syurgaNya di akhirat sana.


#SalindanLekat 

Credit : Hilal Asyraf