Kadangkala, kita tidak mampu menjaga Subuh di awal waktu bukanlah kerana mata kita yang keletihan atau kepenatan pun, tetapi kerana hati kita yang telah penat dan letih.
Kalau benar mata yang letih dan penat, maka mustahil mampu bangun untuk menonton perlawanan bola 2-3 pagi, all-out untuk ulangkaji sebelum hari exam dan sebagainya.
Bukan mata yang penat sebenarnya, bukan tubuh yang letih atau sakit, tapi hati yang letihlah telah menyebabkan 'tercipta' semua alasan itu demi membenarkan kita untuk bermalas-malasan dalam menjaga hak Allah yang pertama di pagi hari dalam diri kita.
Sakit, penat biasanya sehari dua saja, tapi kalau sudah berhari-hari, itu mungkin antara tanda hati kita bermasalah.
Checklah semula. Luruskah hati kita ketika berada di atas jalan yang lurus?
Jagalah kesungguhanmu dalam ibadahmu. Kerana kadangkala kesannya tidak kau temui secara zahir. Tapi ia tampil dalam bersihnya akhlakmu.
Terkadang kau cepat hendak lemah dan terjerumus, ibadahmu itulah nanti yang akan menjadi perisai menggetarkan jiwamu dengan takut kepada-Nya, menghindarkan kamu daripada menjadi orang yang mudah terjerumus.
Tidak ada guna kamu tidur lewat di malam hari kerana study, buat kerja persatuan, usrah dan segala bagai program lagi kalau kamu gagal menjaga Subuh di pagi hari.
Kamu bercakap dan buat perkara yang baik di dalam usrah, persatuan dan segala bagai lagi wadah, tapi kalau kamu gagal menjaga kebaikan paling awal di pagi hari, iaitu kebaikan antara kamu dengan Allah, maka kamu telah meninggalkan kebaikan paling besar untuk harimu.
Jagalah Allah dalam harimu, Allah akan menjagamu.
Kalau kamu mahu cari di mana tempat untuk kamu bangunkan jiwamu, carilah ia pada Subuhmu. Pada subuh itu ada bekalan kekuatan untuk jiwa, yang tidak akan dinikmati oleh sesiapa pun, melainkan yang benar-benar menjaganya.
Hendak jadi ayah atau ibu yang baik, perlu belajar bangun sendiri untuk solat Subuh awal tanpa perlu dikejut orang.
Nanti dah berkahwin, dah ada anak, kitalah yang akan membawa contoh itu ke dalam rumah. Kalau kita pun Subuh masih perlu dikejutkan, bagaimana agaknya mahu mendidik isteri dan anak-anak nanti?
Friday, January 4, 2013
Subuh via Ustaz Afdholul Rahman
Posted by Hikayat Suka Duka at 5:51 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment