BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 20, 2013

Oh daie!


Kalau nak mencuri hati,

Buatlah dengan penuh bijaksana.

Kau katakan kau berdiri di jalan ini,
Kau katakan jalan ini penuh duri,
Tapi kau yang cipta duri.

Kalau semua ikut kehendakmu,
Bila mahu berjaya atas jalan ini.

Kadang-kadang,
Lihatlah orang yang engkau ingin curi hatinya,
Kita yang memilih jalan ini perlu bijak menilai,
Bukannya jaguh berkata-kata dan menghukum.

Hati ini, 
Allah ciptakan penuh seni,
Engkau perlu menjadi pelukis yang hebat.

Jangan pula engkau yang calitkan
Titik kebencian.

Buatlah dengan santun,
Moga satu hari,
Pintu hatiku terbuka.

Ameen.

0 comments: