2006
Kadang-kadang aku rasa, keputusan UPSR aku time darjah 6 dulu, miracle yang paling menakjubkan. Ya, aku maklum yang semua ni rezeki dari Allah. Sebab keputusan ajaib tu aku dapat jejakkan kaki ke bumi Al-Irshad. Even cuma 5A, yang semua orang boleh dapat sama macam yang aku dapat. Dan yang pasti, aku berjaya menjejakkan kaki ke sekolah impian mak dengan bapak. Alhamdulillah
2007-2011
Masuk sekolah tarbiah ni, aku berharap yang tuah aku berpanjangan. 5 tahun aku belajar. Pahit, manis kehidupan kebanyakannya aku belajar di sini. Jatuh, bangun semuanya aku pernah rasa. Sama macam orang lain. Pernah gagal, pernah jugak jadi top scorer ^^ Di sini aku makin kenal siapa aku
2013
Pengalaman belajar di Jordan ni betul-betul membuka mata. Rasa macam nak balik UIA pun ada. Siang malam, study study study. Tapi tak la macam tu sangat sampai 24 jam study. Ada masa main facebook, twitter. Result imtihan awal untuk sem boleh dikatakan okay. Tapi bila keluar result untuk satu sem, rasa macam annoying pun ada. Aku rasa sangat tak adil untuk pihak universiti guna sistem pointer yang ikut kuota. Sudahla yuran mahal, pihak universiti main-main perasaan macam ni pulak.
Tapi siapa aku nak bantah sistem ni. Untungla kawan-kawan yang boleh dapat pointer mumtaz untuk setiap sem. Kalau kawan-kawan dekat Mesir, belambak-lambak yang mumtaz untuk setiap sem. Kalau Jordan, hmmm.. Maybe aku yang still tak cukup berusaha untuk berada dalam lingkungan kuota tu, heh.
In syaa Allah, masih ada masa. Tak apa UJ, anda mencabar saya!
Moga ilmu yang dituntut diamalkan, ingat :)
Bertempur dalam minat perang dan kesabaran, tak selalu ada kalah dan menang - Kot Putih


0 comments:
Post a Comment