Mimpi,
sangka mesti dalam lena,
itu hanya untuk pemalas,
yang punya kosong cita-cita.
Mimpi yang sebenar,
adalah yang engkau kejar,
di atas jalan penuh onak dan duri,
jauh dari katil dan selimut nan menjalar.
Yang buat engkau bangkit,
meninggalkan lena,
bersengkang mata,
berkerja keras,
memerah tenaga dan fikiran minda,
untuk mengubahnya,
dari mimpi,
ke alam nyata.
Mimpi yang akan merubahmu,
dari kosong kepada angka-angka bermakna,
tidak menjadikan dirimu robot kepada sistem,
tetapi punya akal dan jiwa yang merdeka.
Mimpi yang tidak akan membuatkan engkau tunduk,
kepada selainNya.
Aku anak muda yang bermimpi,
sedari muda,
walau ditertawa dan dicerca,
mimpiku tidak punah,
bahkan lebih kental aku bergerak,
menjadikannya sebagai realiti,
mendiamkan mereka yang menggertak.
Aku anak muda yang bermimpi,
bukan di dalam lena,
mataku terbuka,
aku usaha dan terus berusaha,
kerana mimpiku adalah ingin menyelamatkan dunia,
dan masuk ke syurgaNya di akhirat sana.
#SalindanLekat
Credit : Hilal Asyraf
Wednesday, March 6, 2013
Puisi Anak Muda Yang Bermimpi
Posted by Hikayat Suka Duka at 10:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment