Kelmarin itu, bukan macam biasa. Paginya sunyi sahaja. Udara tenang. Bergerak ke setempat demi setempat dengan penuh hemah. Lembut menyapa mesra. Hitam malam dan dini hari pekat macam biasa. Tiada rembulan penuh mengambang di kanvas langit.
Di suatu hari.
Banyak yang aku belajar dan perhati hari ini. Terasa ingin kongsikan semuanya. Cereka di suatu hari. Berpagi-pagi lagi usai Subuh didirikan aku lihat sekeliling. Ada urusan yang perlu diselesaikan selepas itu. Ada beberapa tubuh yang memilih pandanganku. Al-Kahfi, mungkin. Ada yang al mathurat. Tidak lupa yang bergegas ke kelas. Mengejar trip pertama.
Di suatu hari.
Akhirnya. Pengakhiran yang kurang baik. Namun ia bukan untuk disesali. Riuh suasana. Berteriak merai. Tidak kurang yang diam menyepi. Risau. Namun ujian dunia yang satu dari ribuan sudah berlalu. Ku lihat mereka ini begitu emosi. Besar benar signifikannya. Benarlah, berjaya benar anak-anak singa dijinakkan.
Bukan muda usia remaja. Yang sudah berusia rata-ratanya. Bahkan boleh sahaja aku kata semuanya sudah kenal benar dunia. Lebih dahulu rasa di mana manis dan masam. Tapi entah. Seolah kehidupan pada pola pikir mereka berputar setempat. Aku melihat dan terilham. Maka aku garap di sini.
Di suatu hari.
Cukuplah. Penat aku melihat.
Kali ini aku pulang. Ku tatap cermin.
Ku lihat perempuan disebalik cermin itu.
Aku tanya kepadanya,
"Apa yang kau dah buat?"
Sakitnya Ummat
Saturday, March 16, 2013
Kelmarin itu
Posted by Hikayat Suka Duka at 6:11 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment