Alkisah,
Pemanggil : Helo, boleh saya bercakap dengan Ani Wan? ( Ani Wan = Anyone = Sesiapa )
Operator : Ya, awak boleh bercakap dengan saya.
Pemanggil : Bukan, saya ingin bercakap dengan Ani Wan!
Operator : Ya, saya faham awak mahu becakap dengan sesiapa. Jadi, awak boleh bercakap dengan saya. Siapa ni?
Pemanggil : Saya Sam Wan. Saya mahu bercakap dengan Ani Wan! Ada perkara penting. (Sam Wan = Someone = Seseorang )
Operator : Ya, saya tahu awak Sam Wan dan awak mahu bercakap dengan Ani Wan! Tetapi apa yang awak hendak cakapkan?
Pemanggil : Tolong beritahu adik saya, Ani Wan yang abang kami Noe Wan terlibat dalam kemalangan. Noe Wan tidak cedera, dan dia sekarang sudah dihantar ke hospital. Sekarang ni, Avery Wan dalam perjalanan ke hospital ( Noe Wan = No one = Tiada Sesiapa ) ( Avery Wan = Everyone = Semua Orang )
Operator : Jika tidak ada sesiapa yang cedera dan tidak ada sesiapa yang dihantar ke hospital, tentulah kemalangan itu bukan perkara penting! Awak mungkin nak berlawak dengan saya, tapi saya tidak ada masa nak melayan awak!
Pemanggil : Biadapnya awak ni! Siapa nama awak?
Operator : Saya Saw Ree ( Saw Ree = Sorry = Minta Maaf )
Pemanggil : Ya! Awak memang patut minta maaf. Apa nama awak?
Operator : Saya dah sebut tadi. Saya Saw Ree.
Pemanggil : Oh..tidak!!!

0 comments:
Post a Comment