Bacalah...
Faizal dan Mimi adalah pesakit di sebuah rumah sakit mental. Pada suatu hari, mereka berjalan di tepi kolam renang yang terdapat di hospital tersebut. Tiba-tiba Mimi melompat masuk ke dalam kolam renang yang dalam itu dan terus tenggelam. Tanpa memikirkan tentang keselamatannya, Faizal terjun dan menarik Mimi ke permukaan air. Dia mengeluarkan Mimi dari kolam renang dan berjaya menyelamatkan Mimi.
Keesokan harinya adalah hari pemeriksaan bagi Faizal, di mana dia diperiksa, setahun sekali, untuk menentukan keadaan mentalnya. Dia dibawa berjumpa dengan lembaga pengarah hospital, di mana pengarah hospital itu memberitahunya, 'Faizal, saya ada berita baik dan berita buruk untuk awak. Berita baiknya, oleh kerana awak menyelamatkan Mimi semalam, kami menganggap awak sudah siuman. Jadi awak boleh meninggalkan rumah sakit ini dan kembali ke pangkuan masyarakat. Sementara berita buruknya pula, Mimi, pesakit yang awak selamatkan itu, menggantung diri di bilik mandi dengan tali pinggangnya, sejurus selepas awak menyelamatkannya. Mimi sudah meninggal dunia. "
"Dia tidak menggantung dirinya sendiri," jawab Faizal. "Saya yang menggantungnya sebab saya mahu mengeringkannya."
Perspektif.
Ya, kehidupan kita ini sentiasa mengenai perspektif. Bagi kita, apa yang Faizal lakukan itu adalah sesuatu yang salah dan yang tidak boleh diterima, tetapi tidak bagi Faizal.
Jika kita katakan bahawa hujan itu menyusahkan, orang lain akan mengatakan yang hujan itu menyamankan. Aiskrim menggemukkan? Tidak, ianya memberi tenaga segera. Rawatan kemoterapi tidak elok? Ianya memberi peluang kepada pesakit kanser untuk sembuh dan meneruskan kehidupan. Permainan bola sepak adalah permainan paling pelik di mana dua puluh dua lelaki mengejar sebiji bola ke sana-sini? Tidak, permainan ini memberi peluang pekerjaan kepada berjuta orang di seluruh dunia.
Renung-renungkanlah.

0 comments:
Post a Comment