BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 17, 2013

Aku Ingin Menjadi Yang Biasa

Aku menolak kerana aku tidak layak.
Aku tidak terpilih kerana sememangnya aku tidak layak untuk menjadi pilihan.
Aku memilih kerana aku rasa ingin menjadi lebih bertanggungjawab. 

Andai aku memilih untuk menerima,
Semuanya, segalanya akan diperhati sang manusia.
Aku takut ada yang tidak dapat menerima,
Aku takut ada yang mula rasa kurang selesa,
Aku takut ada yang mula membenci.
Jadi aku memilih untuk menolak,
Itulah yang terbaik.

Rasa di hati ingin memperbaiki diri dahulu.
Ya benar kata mereka, boleh diperbaiki ketika berjawatan.
Yang aku takut, bila aku sudah tidak berjawatan, aku kembali seperti dulu.
Yang aku takut, aku berubah hanya kerana berjawatan.
Yang aku takut, aku berubah supaya setiap mata memandang aku.

Aku pilih untuk begini.
Kerana aku paling tahu siapa aku.

Ya, terkadang aku memerhati yang berada di atas. Maka sebab itu aku takut untuk menerima. 

0 comments: