BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 26, 2013

Mood Imtihan Nihaie

Dengan nama Allah Yang Memiliki Segenap Ilmu, Ya Allah, Tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmah, ya Allah Tuhan yang mengajar nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada kami.

# Click "pause" (rehat)

Berhenti dan rehat seketika. Faktor terbesar yang mempengaruhi tumpuan adalah rehat yang cukup. Pastikan tidur yang cukup dan pada masa rehat yang tepat. Sebaiknya mempunyai masa tidur yang tetap :)

# Click "pause" lagi (muhasabah diri) 

Berhenti seketika dan muhasabah diri. Kenapa tidak fokus? Apa sebabnya? Apa puncanya? Maka perbaiki sikap kita. Check hati kita. Bagaimana hubungan kita dengan Allah. Luruskan kembali matlamat belajar. Ambil masa dan rehat sebentar, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan. Katakan, Ya Allah, kuatkan diri ini! Ya Allah, berikan kefahaman kepada diri ini. Ya Allah, tolong hamba-Mu ini!

Lakukan dengan istighfar. 10 kali, 21 kali, 33 kali, 70 kali, 100 kali. In syaa Allah, kekuatan akan muncul. Dan kembali study :D

# Buatlah Perancangan

Jika tiada perancangan maka kita akan belajar mengikut rasa hati kita. Miliki jadual hidup. Dalam jadual kehidupan adanya jadual belajar.

# Elakkan gangguan

Semasa study, dalam masa yang sama kita sering melayan FB, Twitter, SMS, menonton Youtube dan macam-macam lagi. Semua ini adalah faktor gangguan fokus. Kita ini manusia! Kita tidak boleh fokus pada belajar jika sedang berbual dengan seseorang yang lain atau melayan sms. Maka, tutup seketika lappy dan hp ;)

# Memilih masa yang sesuai

Jika kita jenis bangun pagi,maka study waktu pagi. Jika kita jenis "burung hantu", maka study waktu malam. Kita tahu diri kita lebih baik daripada orang lain, maka tentukan masa yang terbaik. Isu ini adalah kritikal. Maka pilih waktu ketika kita berada di puncak fokus.

# Ingat ganjaran Allah

In syaa Allah, jika kita jelas bahawa belajar adalah satu ibadah kepada Allah, maka kita akan punya semangat dan lebih fokus kerana ganjaran pahala dari Allah swt itu lebih tinggi nilainya

# Bina kekuatan diri

Ingat, belajar ini adalah masa depan kita. Bukan sahaja di dunia malahan di akhirat sana. Allah menjanjikan kepada hamba-Nya yang berilmu ini kelebihan beberapa darjat.

Bacalah Al-Quran sebagai penguat jiwa. Jangan pernah tinggal untuk berdoa dan berharap. Lemah akan menenggelamkan potensi dan menggelapkan masa depan. Kekuatannya adalah dengan kembali kepada fitrah, carilah Allah dalam kehidupan.

Selamat berjaya dan nikmatilah saat indah bergelar pelajar :)

#  Dah macam motivator pulak rasa :P xoxo


0 comments: