Salah seorang Yahudi pada zaman Rasulullah S.A.W pernah berkata kepada seorang sahabat yang mengajaknya kepada Islam; "Bahawasanya Rasul kamu telah mengajarkan kepada kamu segala sesuatu sehingga kepada perkara yang remeh juga." Sahabat itu menjawab; " Bahawasanya Nabi kami telah mengajar kepada kami segala sesuatu hukum, sehingga adab keluar daripada tandas juga diajarkannya."
Jika orang kafir boleh melihat keagungan Rasulullah S.A.W, kenapa pula kita yang mengaku Islam dan beriman masih sangsi dengan amalan sunnah nabi S.A.W ? Perkara ini berlaku kerana kita tidak menjadikan selawat sebagai bualan di lidah kita dan kehidupan harian kita langsung tidak menggambarkan ciri-ciri seorang Islam yang beriman.
Oleh itu marilah kita sama-sama berselawat kepada Nabi S.A.W sehingga menjadi jutawan selawat. Apabila sudah menjadi jutawan, barulah hati dan anggota kita dapat mencintai Rasulullah. Kemudian dengan sendirinya segala ajaran Islam akan dapat kita amalkan. In syaa Allah.
#Taatilah Allah, Rasul dan Ulil Amri

0 comments:
Post a Comment